Berbekal hasrat membuat penampilan sulung bersama skuad senior Singapura, pemain tengah, Jared Gallagher, sentiasa mengagumi ketenangan pemain berpengalaman seperti Safuwan Baharudin ketika berdepan dengan tekanan pasukan lawan.
“Saya banyak belajar daripada pemain seperti Safuwan yang telah capai semuanya, termasuk pernah bermain dalam perlawanan berprestij seperti di final Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2),” kata Jared, 23 tahun, kapten pasukan Liga Perdana...





