GRIMSBY: Manchester United menempuh detik paling memalukan apabila disingkirkan daripada Piala Liga oleh pasukan liga divisyen keempat, Grimsby Town, menerusi penentuan sepakan penalti 12-11, selepas seri 2-2 dalam perlawanan di Blundell Park pada 27 Ogos.
Perlawanan dalam cuaca hujan lebat berserta guruh itu menyaksikan pasukan tuan rumah terlebih dahulu mengejutkan United dengan mendahului 2-0 hasil jaringan Charles Vernam dan bekas...





