Singapura akan terus memantau perkembangan konflik Gaza dan membantu mangsa di sana, umpamanya melalui bantuan kemanusiaan yang telah dilakukan negara ini, kata Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Namun begitu, pemerintah akan tetap mengutamakan keselamatan rakyat Singapura meskipun jika ia bermakna mereka perlu membuat keputusan tidak popular atau mengehadkan kegiatan yang boleh menjejas...





