Kejayaan Singapura sejak 60 tahun lalu tidak datang secara kebetulan, malah melalui usaha rakyat Singapura daripada generasi terdahulu yang memilih untuk bekerja keras, merebut peluang dan terus bersatu, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.
Dalam satu hantaran Facebook pada 27 Ogos, Encik Lee menggesa rakyat Singapura agar tidak leka dan terus mengorak langkah baru bagi masa depan negara.





