PONTIAN (Johor): Polis Daerah Pontian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah klinik pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian yang menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Timbalan Superintendan Abd Hamid Abdul Rahman, berkata siasatan awal mendapati pemasangan bendera dilakukan tanpa niat untuk menghina atau tidak menghormati simbol...





