Musim Liga Perdana Singapura (SPL) 2024/2025 paling mengecewakan untuk Albirex Niigata, yang menyaksikan mereka menduduki tangga keenam antara sembilan pasukan.
Kelab itu, yang pernah menjadi juara SPL sebanyak enam kali – pada 2016, 2017, 2018, 2020, 2022 dan 2023 – terpaksa mengharungi cabaran pertukaran jurulatih, peralihan daripada pasukan yang sebilangan besarnya terdiri daripada pemain Jepun kepada kelab tempatan dan jadual...





