Kerajaan Johor kini giat merangka penyelesaian menyeluruh terhadap isu kekurangan tempat letak kenderaan di beberapa lokasi tumpuan sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri yang dipercayai berpunca daripada peningkatan jumlah rakyat tempatan yang berulang-alik bekerja di Singapura.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, kerajaan negeri menerima semakin banyak aduan daripada peniaga di kawasan bandar...





