Sembilan anggota baru telah dilantik ke Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang ke-20, di samping tujuh lagi anggota yang telah dilantik semula bagi penggal tiga tahun yang akan bermula 7 Ogos.
Menurut kenyataan Muis yang dikeluarkan pada 7 Ogos, seramai 19 anggota Majlis Muis telah dilantik oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam di bawah Seksyen 7 Akta Pentadbiran Hukum Islam...





