Seramai 336 peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Ayer Hitam kini boleh menarik nafas lega apabila menerima hak milik tanah masing-masing, manakala 205 permohonan lot generasi kedua Felda turut diluluskan sepenuhnya.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip, ketika mengadakan sesi libat urus bersama warga Felda Ayer Hitam sempena...





