Selepas tujuh tahun tidak terlibat dalam pementasan teater, pelakon dan pengacara televisyen, Fauzie Laily, kembali ke pentas dengan membawa dua watak berbeza dalam pementasan, Yusof: Portrait of a President.
Walaupun berasa gementar bakal beraksi bersama penggiat teater mapan seperti Sani Hussin dan Siti Khalijah Zainal (Siti K), Fauzie, 40 tahun, bersemangat untuk memberi persembahan terbaik dalam karya yang bakal dipentaskan...





