JOHOR BAHRU: Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bukit Aman, Pesuruhjaya Ab Rahaman Arsad dilantik sebagai Ketua Polis Johor yang baru bagi menggantikan Datuk M Kumar yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Majlis serah terima tugas Ketua Polis Johor diadakan pada 4 Ogos dengan Datuk Kumar, 56 tahun, menyerahkan nota serah terima tugas dan tongkat kuasa kepada Pesuruhjaya...





