KAHIRAH: Lebih 60 pendatang terbunuh apabila bot lebih muatan yang mereka naiki terbalik ketika cuba menyeberangi lautan antara Tanduk Afrika dengan Yaman, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) pada 3 Julai.
Perjalanan bot merentasi Teluk Aden adalah salah satu laluan penghijrahan dan penyeludupan paling berbahaya di dunia, yang menyebabkan lelaki dan wanita terdesak dari Habsyah dan negara Afrika Timur yang lain...





