Sebanyak 1,489 saman telah dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan berdaftar di Singapura yang tidak memiliki atau mengaktifkan Permit Masuk Kenderaan (VEP) sepanjang tempoh penguatkuasaan dari 1 Julai hingga 2 Ogos, ujar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan Undang-Undang JPJ, Encik Muhammad Kifli Ma Hassan, berkata jumlah saman itu melibatkan kutipan kompaun sebanyak RM445,800 ($136,308) hasil operasi yang dijalankan...





