Permintaan pelanggan dari negara asing yang sanggup datang ke Singapura untuk menjamu selera sajian ASAP & Co mendorong pengasas restoran di Telok Ayer Street itu untuk mempertimbangkan idea menebarkan sayap niaga ke luar negara.
Namun, dengan hanya berbekalkan pengalaman berkecimpung dalam sektor Makanan dan Minuman (F&B) selama lima tahun, Encik Isrudy Shaik, 47 tahun, dan isterinya, Cik Mariam Moni, juga...





