KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau ‘vape’ bagi mengekang isu itu secara lebih berkesan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, bagaimanapun berkata pelaksanaan pengharaman itu perlu dibuat secara teliti mengambil kira pelbagai aspek termasuk kesan kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam.





