Satu program latihan asas baru bagi sukarelawan di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bakal dilancarkan pada Ogos 2025.
Program ini, yang dikendalikan oleh Rangkaian Penjagaan MSF (MSFCare Network), bertujuan menyambut kedatangan sukarelawan baru sambil melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan peranan kesukarelawanan masing-masing, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli.





