Ketika masih kecil, Cik Nur Fatimah Khur Sheed Ahmad Shah, pernah menginap di Hotel Shangri-La semasa percutian keluarga ke Kuala Lumpur, Malaysia, suatu pengalaman yang meninggalkan kesan mendalam bagi dirinya.
Beliau yang kini berusia 20 tahun begitu tertarik dengan layanan mesra dan penuh kesantunan yang diberikan oleh pihak hotel, khususnya seorang pengurus wanita yang tampil berwibawa serta profesional dengan seragam...





