Kerajaan Johor telah memperkenal Pasukan Petugas Khas Rumah Mampu Milik Johor (Taskforce RMMJ 100K) sebagai usaha menyeluruh untuk merealisasikan pembinaan 100,000 unit rumah mampu milik menjelang 2030.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata pasukan petugas khas tersebut bukan sekadar menyediakan laporan pentadbiran, sebaliknya satu cetusan tekad dan hala tuju lima tahun akan datang...





