Singapura menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta di Gaza, sambil menyuarakan kebimbangannya terhadap penderitaan berpanjangan penduduk awam yang terkesan akibat tindak balas ketenteraan berlebihan oleh Israel.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada 24 Julai, Singapura menekankan bahawa penderitaan yang dihadapi penduduk Gaza adalah “tidak masuk akal” dan menyeru agar Israel mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.





