Kedinginan musim sejuk di Portugal begitu ‘menggigit’ kulit Matin Ilhan Mohamed Faizal ketika beliau mengikat butnya untuk satu lagi sesi latihan yang melelahkan.
“Cuaca amat sejuk. Saya perlu memakai empat lapisan pakaian untuk berlatih, dan agak sukar untuk saya bergerak,” kata pemain bola berusia 21 tahun itu, yang baru sahaja menandatangani kontrak untuk bermain dengan pasukan bawah 23 tahun Liga...





