Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyatakan kekecewaan terhadap kelewatan pembukaan Hospital Pasir Gudang yang sepatutnya mula beroperasi secara berperingkat pada Ogos 2025 namun telah ditangguhkan ke Januari 2026.
Beliau berkata kelewatan tersebut mencerminkan kelemahan pengurusan dalam beberapa projek penting peringkat Persekutuan termasuk isu gangguan sistem ‘autogate’ (pintu automatik) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar...





