Di satu sudut perpustakaan sekolah yang sunyi, seorang pelajar menengah empat merendahkan suaranya dan berkata: “Sehingga hari ini, saya tidak pernah tahu gurauan yang selalu saya buat boleh menyakiti seseorang.”
Beliau adalah sebahagian daripada peserta sesi dialog yang bertujuan meneroka soal kaum, agama dan integrasi di Singapura.





