Setiap kali Cik Mardiah Zahrin menyampaikan sesi terapi pertuturannya dalam bahasa Melayu, beliau dapat berhubung dengan kliennya dengan lebih selesa dan mendalam.
Keselesaan tersebut membuat kliennya rasa dihargai dan dihormati dan ia menjadikan sesi terapi itu lebih berkesan, kongsi Cik Mardiah, 26 tahun, kepada Berita Harian (BH) pada 21 Julai.





