Beberapa pemimpin Umno Johor tampil mengecam kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang disifatkan sebagai cubaan memanipulasi seruan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk meraih kepentingan politik sempit.
Naib Ketua Pemuda Umno Johor, Dr Mohammad Aswad Ithnain, menegaskan seruan Tunku Ismail bukanlah satu ‘wake-up call’ (seruan menyentak) untuk dijaja secara politik,...





