SHAH ALAM: Pihak berkuasa sudah melengkapkan 25 kertas siasatan berkait GISB Holdings (GISBH), termasuk melanggar fatwa ajaran sesat.
Jawatankuasa Eksekutif Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah, berkata kes akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan susulan, lapor BH Online.





