Setiap kali tibanya musim durian antara Jun hingga Ogos, dua dusun utama di daerah Pontian menjadi tumpuan warga Singapura – khususnya ‘hantu durian’ – yang sanggup merentas sempadan demi menikmati keenakan raja buah terus daripada dusun di Johor pada harga jauh lebih rendah.
Bagi pengusaha kebun, kehadiran pelancong dari Singapura bukan sekadar menghidupkan suasana dusun, bahkan turut menyumbang kepada pendapatan...





