Mantan Mufti, Allahyarham Ustaz Syed Isa Semait, merupakan tonggak masyarakat Islam dan Singapura yang mengiktiraf keperluan bagi asatizah mengajar mengikut konteks masyarakat kosmopolitan dan berbilang agama negara ini, kata Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.
Melahirkan takziah dalam surat yang diutus kepada balu Allahyarham, Sharifah Muznah Mohammad Alhaddad, Encik Wong turut berkata mantan Mufti itu telah memperjuangkan pembangunan profesional asatizah, peningkatan...





