Sekumpulan Ahli Parlimen (AP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan mengenai kontroversi pelantikan Ketua Hakim Malaysia, selain memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipanggil Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Parlimen bagi menjelaskan isu itu.
AP Pandan yang juga mantan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, berkata gesaan itu didorong kebimbangan melihat kemelut...





