Sejak dilantik sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam lebih sebulan lalu, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, telah turun padang dan mendampingi pelbagai segmen masyarakat Melayu/Islam bagi mendengar harapan serta kebimbangan mereka.
Bercakap kepada media selepas pelancaran gerakan pembelajaran sepanjang hayat, Raikan Ilmu, pada 5 Julai, yang diadakan sempena Persidangan Masyarakat Gemilang di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands,...





