KUALA LUMPUR: Komposer, yang juga anggota kumpulan Exists, Ajai menjelaskan beliau tidak berniat menutup pintu rezeki atau menyebelahi mana-mana pihak ketika mengulas kontroversi penganjuran konsert kumpulan 4U2C, iaitu WE 4U2C Live In Concert, baru-baru ini.
“Kenyataan saya itu bukan untuk keruhkan keadaan atau tutup periuk nasi sesiapa. Apabila wartawan bertanya, ia lebih kepada pendapat dan fakta.





