Apabila rekaan busananya menjadi pilihan ramai artis dari seberang, pereka fesyen Singapura, Adam Rashid, amat tersentuh namanya tidak putus-putus menjadi sebutan.
Setelah menghasilkan beberapa rekaan gaun buat penyanyi, Liza Hanim, yang merupakan alumni peraduan realiti Astro, Gegar Vaganza (GV), Adam, 43 tahun, dilamar untuk menghasilkan sut kemas dan seluar rapi untuk lima sekawan, Elite, yang muncul sebagai tetamu mantan bos...





