KAHERAH: Empat orang terkorban manakala 22 yang lain cedera selepas sebuah tongkang karam di Teluk Suez, menurut kenyataan pemerintah Mesir pada 2 Julai.
Kementerian Kesihatan Mesir memaklumkan bahawa tongkang Adam Marine 12 tenggelam pada malam 1 Julai, namun tidak menyatakan punca kejadian itu. Empat mangsa yang terkorban telah dibawa ke Hospital Hurghada di pesisir Laut Merah, menurut kenyataan kementerian itu...





