Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh 5.1 peratus pada 2024, dipacu oleh peningkatan dalam semua sektor ekonomi utama serta prestasi cemerlang beberapa negeri strategik seperti Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menurut laporan terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kesemua negeri merekodkan pertumbuhan positif dengan lima daripadanya mencatat kadar melebihi purata nasional iaitu Johor (6.4 peratus); Selangor (6.3 peratus);...





