Laporan hasil siasatan tragedi letupan dan kebakaran dahsyat akibat kebocoran paip gas bawah tanah milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, pada 1 April lalu, tidak menemukan sebarang unsur sabotaj, khianat dan kecuaian manusia.
Sebaliknya, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) yang bertanggungjawab untuk membuat penilaian teknikal kejadian itu merumuskan pergerakan paip berulang kali akibat struktur tanah yang lemah...





