BANGKOK: Mahkamah Perlembagaan Thailand dijadual bermesyuarat untuk mempertimbangkan petisyen memohon pemecatan Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra, ketika tekanan semakin meningkat terhadap kerajaannya yang diserang dalam pelbagai bidang.
Petisyen oleh 36 senator itu menuduh Cik Paetongtarn tidak jujur dan melanggar piawaian etika yang melanggar Perlembagaan berhubung perbualan telefon yang bocor dengan bekas pemimpin berpengaruh Kemboja, Encik Hun Sen.





