Sejajar dengan peningkatan kegiatan maritim yang dijangka berlangsung di Singapura – termasuk pelabuhan kapal pelesiran Disney Cruise Line di sini – dalam masa terdekat, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah melancarkan kapal penyelamat marin terbarunya, Blue Dolphin.
Ia bertujuan memperkukuh keupayaannya melindungi perairan negara, termasuk menangani kebakaran dan kecemasan lain.





