BATU PAHAT: Seorang buruh kebun sawit direman tujuh hari kerana disyaki merogol dua anak perempuannya sejak 11 tahun lalu.
Majistret Cik Nurasidah A Rahman telah mengeluarkan perintah reman ke atas suspek berusia 44 tahun itu bermula 21 Jun hingga 27 Jun bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.





