JASIN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, mengesahkan syarikat yang dikaitkan dengan penipuan membabitkan 47 jemaah haji, tidak mempunyai lesen sah atau tauliah sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dibenarkan menguruskan perjalanan haji.
Beliau berkata hasil semakan awal menunjukkan ejen terbabit bukan daripada mana-mana syarikat yang menerima tauliah sah daripada Lembaga Tabung Haji...





