Ladang kopi yang diusahakan Encik Muhammad Nur Ariff Zakaria di Kampung Charuk Durian, Chepir, Sik, Kedah, bukan hanya membawa perubahan kepada landskap kawasan pertanian di situ, malah turut menjadi pemangkin kepada peningkatan pendapatan masyarakat setempat.
Encik Muhammad Nur Ariff berkata ia membuka peluang secara langsung kepada penduduk kampung untuk terbabit sebagai tenaga kerja ladang, terutama semasa musim menuai yang berlangsung...





