KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, menafikan spekulasi yang mengatakan beliau akan menyertai pilihan raya kecil (PRK) selepas meninggalkan Umno dan memohon menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) akhir Mei lalu.
Tengku Zafrul berkata tiada sebarang perbincangan tentang perkara seumpama itu pernah berlaku, dan ia bukan sebahagian daripada pertimbangannya ketika membuat keputusan meninggalkan...





