Penerbangan tanpa kebenaran menggunakan layang-layang dan dron tidak akan dibenarkan di Padang dan kebanyakan bahagian pulau ini semasa beberapa hari pada Jun, Julai dan Ogos.
Sekatan ke atas kegiatan udara pada masa tertentu ini adalah demi keselamatan orang ramai dan pesawat yang akan terbang pada paras rendah sebagai sebahagian daripada persiapan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2025, kata Penguasa Penerbangan Awam...





