MINA (Arab Saudi): Sebilangan jemaah haji Malaysia melakukan ibadah melontar Jamrah Kubra pada 6 Jun di Mina.
Ibadah itu bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, malah membawa maksud yang lebih mendalam sebagai simbol pembaharuan diri dan penolakan sifat-sifat tercela (mazmumah) dalam kehidupan seorang Muslim. Aktiviti melontar tiga jamrah, iaitu Jamrah Ula, Wusta, dan Kubra yang dilaksanakan dari 10 hingga 13 Zulhijjah...





