Jemaah M’sia lontar jamrah di Mina, lakukan syarat ibadah haji
Jemaah M’sia lontar jamrah di Mina, lakukan syarat ibadah haji
Jun 6, 2025 | 11:08 AM
Sebilangan jemaah haji Malaysia melakukan ibadah melontar Jamrah Kubra pada 6 Jun di Mina. - Foto BERNAMA
MINA (Arab Saudi): Sebilangan jemaah haji Malaysia melakukan ibadah melontar Jamrah Kubra pada 6 Jun di Mina.
Ibadah itu bukan sekadar memenuhi tuntutan syariat, malah membawa maksud yang lebih mendalam sebagai simbol pembaharuan diri dan penolakan sifat-sifat tercela (mazmumah) dalam kehidupan seorang Muslim.
Aktiviti melontar tiga jamrah, iaitu Jamrah Ula, Wusta, dan Kubra yang dilaksanakan dari 10 hingga 13 Zulhijjah turut meneladani sunah Nabi Muhammad saw serta menghidupkan kembali jejak pengorbanan Nabi Ibrahim as.
Laporan berkaitan
Kemuncak ibadah haji bermula,
lebih 1.4j anggota jemaah berkumpul di Arafah Jun 5, 2025 | 3:38 PM
Lindungi diri daripada bahaya cuaca panas melampau di tanah suciMay 14, 2025 | 11:32 AM

