KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan lebih banyak tawaran palsu berkaitan pakej haji akan ditawarkan oleh sindiket penipuan susulan langkah kerajaan memperketatkan pengeluaran visa mujamalah bagi musim haji 2025.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Muhammed Hasbullah Ali, berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan sebarang tawaran yang menjanjikan peluang menunaikan haji di luar saluran rasmi dan disarankan menyemak...





