Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah mengadakan pertemuan dua hala bersama pemimpin Kuwait, Malaysia dan Indonesia di luar Sidang Puncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kedua di Kuala Lumpur, Malaysia pada 26 Mei.
Encik Wong telah bertemu dengan Putera Mahkota Sheikh Sabah Al-Khaled Al-Sabah dari Kuwait.





