Penulis kelahiran Singapura, Munirah Jaafar, atau lebih dikenali dengan nama pena Nirrosette, bukanlah nama asing dalam dunia kesusasteraan Melayu moden.
Sejak mula aktif dalam bidang penulisan pada 2011, beliau telah menghasilkan 17 karya kreatif, termasuk novel, novela, cerpen dan puisi. Karya beliau dikenali kerana mengangkat tema perjuangan wanita yang berdikari dan bersemangat kental.





