Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menutup Kongres Nasional PKR 2025 dengan menangkis tuduhan amalan nepotisme dalam parti itu menyusuli penglibatan isteri dan anak perempuannya sebagai pemimpin kanan parti itu yang mengundang kritikan.
Dalam ucapan penutupnya di hadapan kira-kira 10,000 perwakilan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di Johor Bahru, beliau berkongsi keadaan genting yang memaksa isterinya,...





