Walaupun mereka mewakili kepentingan masyarakat, Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam, khususnya pemegang jawatan politik, juga harus dilihat sebagai pemimpin negara, terutamanya apabila diambil kira kaliber dan keupayaan mereka.
Ini lebih-lebih lagi kerana isu-isu yang menjejas rakyat di peringkat nasional juga menjejas masyarakat Melayu/Islam. Justeru ini memberi peluang bagi AP Melayu/Islam untuk mengatasinya di peringkat nasional, kata pengamat politik dalam podcast NoTapis...





