Dua minggu menjelang sambutan Hari Raya Haji, keluarga Cik Rozna Jumaat hanya mampu melihat sisa rumah mereka yang hangus dijilat api.
Kebakaran tersebut, yang berlaku pada petang 20 Mei, memusnahkan rumah sewa satu bilik mereka di tingkat empat di Blok 422, Clementi Avenue 1.





