Adegan ikonik bertutur dalam pelbagai bahasa seperti Mandarin, Melayu, Tamil dan Inggeris dalam drama bersiri, Operandi Gerhana, meninggalkan kesan mendalam dalam diri pelakon kacukan, Cassandra Spykerman, sewaktu memerankan Nayla, seorang polis risikan wanita di era 1950-an.
Watak yang sering dilihat dengan berambut sanggul, gincu merah, kemeja dan skirt separas lutut itu dikatakan penuh misteri yang ada kalanya mendebarkan jiwa, meningkatkan...





